RSS

Keseronokan Manusia dan Kelalaian Dunia...

Assalamualaikum sahabat...

Seperti biasa,kali ni aku nak kongsikan apa yang aku nampak melalui pandangan mata kasar dan pemikiran melalui otak yang dikurniakan oleh MAHA Penciptaku yang Agung,....Semalam aku keluar bersama rakan,sedang aku menunggu, aku sempat memerhatikan telatah manusia yang lalu lalang dihadapanku...sebenarnya kurang elok untuk duduk di tepi jalan dan perhatikan telatah orang kerana ia akan menjerumuskan kita kearah umpatan dan sindiran kepada yang dirasakan luar biasa dan tidak normal dimata kita.

Ok,pointnya disini aku nak lebih tekankan kepada bangsa melayu yang beragama Islam.. Di saat aku memerhatikan telatah2 mereka,aku dapat perhatikan pelbagai telatah anak muda khususnya. Normal aku katakan pasaraya2 di malaysia di penuhi dengan anak muda tambah2 lagi tempat wayang tapi ini bukanlah masalahnya...Yang menjadi masalahnya telatah dan cara mereka tunjukkan kepada orang sekeliling...Apa yang aku cuba katakan adalah pergaulan bebas antra lelaki dan perempuan yang tidak terkawal.

Mintak2 Allah Jauhkan diri aku dan para sahabat dari perkara mungkar...Sungguh pelik dan tertanya2 pabila melihat budak2 perempuan yang masih belasan tahun berpegangan tngan dengan lelaki dengan tidak menghiraukan org sekeliling...Malah turut berpelukan di khalayak ramai..yang menjadi pertanyaan, macamana dia dibenarkan keluar malam2? Ibu bapa macamana yang biarkan anak dara yang masih mentah keluar malam2...

Sesungguhnya para sahabat kita hnya mmpu berdoa agar mereka dilindungi dari perkara yang lebih teruk lagi iaitu Zina..Umur mereka masih muda dan masih mentah..sesungguhnya mereka tidak dapat berfikir secara matang dan hnya fikirkan keseronokan.Inilah pentingnya dorongan dan nasihat yang membentuk kebaikan..... Kepada rakan2 Universiti,kalian semua dah besar,dah boley berfikir secara dewasa... Langkahlah kaki anda dengan berpaksikan Agama Allah.

Saya menulis ni bukan bermaksud saya seorang yang amat beriman dan baik namun saya lontarkan apa yang bermain di fikiran.Soalan2 dan pandangan sebagai seorang mahasiswa dan seorang Islam...Dan tidak lupa sebagai seorang abg kepada adik perempuan.

last sekali,sama2 lah kita doakan yang terbaik untuk umat Islam di luar sana....ada penceramah bgtau,perempuan senang masuk syurga tapi ramai yang dalam neraka...renung2kan dan selamat berama....