RSS

Masalah itu Menguji Kesabaran

assalamualaikum sahabat..
setiap orang pasti akan mempunyai masalah mereka sendiri...cuma,masa dan masalah yang berlainan..aku rasa,x mungkin seorang pun umat yang terlepas dari masalah sepanjang hidupnya.hari ni aku nak cerita tentang masalah yang aku hadapi..masalah yang aku hadapi bukanlah kritikal,tapi bila melibatkan duit, nampak terkesan sedikit..haha...

Minggu lepas phon aku rosak,minggu ni tayar pancit lepas jatuh lubang..aku harap2 tayar bocor biasa je,kalau rim yang bengkok,bnyak la habis..ni la orang kata,masalah akan datang bila2 masa je..mati pun  sama,kita x tau bila ia akan berlaku,dimana dan bagaimana...haha..

yang aku nak tekankan dekat sini,dalam kita menangani masalah,kita kena cuba kawal diri kita untuk berfikir secara rasional dan pastikan kita berdiri di landasan yang betul..pastikan langkah penyelesaian maslah yang diambil tidak tersasar dari jalan Islam. ni peringatan untuk diri aku dan juga rakan2 semua...tiap kali kita ada masalah,kita akan stress,dan stress ni yang akan membuatkan kita mengambil tindakan di luar kawalan.so,cara menangani stress ni amat penting...aku,kalau aku sangat stress aku akan tepon mak aku..dengar je suara mak,tenang rasa.nak ngis pun ada..muaahahahahahaha....

Ok, apa yang aku cuba sampaikan kat sini adalah "takdir'. Semua yang berlaku adalah ketentuan dan takdir kita.Kita x bley nak salahkan takdir sebaliknya kita kena redha dengan ketentuan-Nya. Kalau kita salahkan takdir,samalah macam kita salahkan pengatur untuk takdir kita...Mintak2 jauh la...Jadi untuk lebih paham apa yang aku cuba sampaikan,korang baca lah kisah dibawah..

Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhi r.h telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.Maka bertanyalah Syaqiq kepada ist
erinya: "Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?."

Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut. Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: "Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya."


faham x? kalau x faham aku nak lukis...haha..x kan lah x faham,kalau x faham aku asa korang patut masuk tadika balik,belajar abc biar habis 10 kali..haha..k la sahabat,aku nak sambung buat FYP tercinta aku...selamat malam dan selamat maju jaya..sapa x solat isyak lagi,cepat2 pegi solat...doa untuk aku sekali supaya dipermurahkan rezeki,diberi petunjuk dan dipertemukan jodoh yang solehhah..haha..salam




MerokoK



Assalamualailkum Dunia....
Syukur sangat2,sebab hari ni masih diberi peluang Oleh Allah untuk bernafas dan memperbaiki diri,Insya Allah. Saya ada terbaca satu ayat yang dipost oleh sahabat bahawa kita hendaklah sentiasa memperingati diri untuk berubah kearah kebaikan kerana esok belum tentu kita mampu untuk berubah. Ayat biasanya,da tua kita taubat la...kita tidak tau bler kita akan pergi meninggalkan dunia yang sementara ni,so jngan tnggu tua untuk berubah..better start now than never,..hehe...sikit2 dulu x pa,asalkan hari ni lebih baik dari smalam.

sebenarnya saya nak kongsikan pandangan saya tentang rokok..saya bukan nak cerita pasal mana asalnya rokok atau siapa pemegang saham terbesar rokok tapi saya nak kongsikan pertnyaan yang ada di kepala saya...saya pelik,kenapa ramai di kalangan sahabat saya yang Merokok..kalau iktkan pandangan,rokok ni x da kepentingan pun malah akan habiskan duit je...Alhamdulillah,saya masih tidak terjebak dengan masalah ni..Mintak2 dijauhkan...

Kalau iktkan fakta,rokok bukan sahaja merbahaya kepada perokok tegar,malah akan memberi masalah kesihatan kepada org sekeliling...Saya tertnya2,kenapa Malaysia membenarkan rokok dipasarkan..bila difikir2kan,mungkin untuk bisness purpose,...tapi bler kita selidik dan tengok betul2 perkara ni, ianya mungkin berbalik kepada politik negara kita.

Apa pun sahabat yang saya hormati, saya tidak ada masalah dengan sahabat yang merkok sebab diaorg bukan guna duit saya pun..haha..tapi,kalau tabiat merokok ni bley dihentikan,ialnya lebih baik dan mengntungkan...org x merokok pun macho jugak....sekian






STRESSSSSSSS


Bila berada di semester akhir ni,kerja yang perlu disiapkan bertimbung2. semestinya sesiapa pun akan berasa stress dan tertekan dengan kerja yang perlu disiapkan . apa pun, perlu kita ingat bahawa ini cuma ujian kecil buat kita, gagal hari ini bukan bermakna gagal selamanya… kita boleh usaha lagi, namun bukanlah saya katakan kita boleh gagal dan tidak perlu mencuba. apa pun, ujian sebenar yang menanti kita adalah ujian yang mana kita perlu serahkan hasil risalah di hadapan Allah pada Yaumul Hisab kelak.

kunci kepada kejayaan adalah tawakkal. Berserah diri sepenuhnya kepada Allah, bahawa cuma Dia sahaja yang berkuasa, sekiranya pada-Nya kita tidak layak untuk menerima kejayaan, biar segunung buku diselak sekalipun, tidak jua membuahkan hasil. Mungkin itu sudah ketentuannya. Berserahlah diri kepada Allah, bahawasanya, diri kita ini cuma Allah yang layak untuk menentukan apa sekalipun, kemudian sebagai syarat kepada tawakkal itu, kita menjaga hubungan dengan Allah seaqrab mungkin. Jngan bila kita rasa tertekan sahaja kita bermunajab kepada Allah. Selain dari bertawakal,usaha yang setimpal juga diperlukan.

Sekarang ni,aku tengah fokus untuk siapkan presentation Mock Trial,PSM (projek sarjana Muda) dan juga setelkan perkara berkaitan dengan Latihan Industri..Di tengah2 kesibukan ni,phon aku pulak rosak..semua ni takdir dan ketentuannya...aku x bley marah2,kalau aku marah bereti aku marah pada yang mengatur semua ni...Sabar je la

ni adalah poster Mock Trial :







HUMANITY

salam para Sahabat yang cukup aku sayangi...

.Di kala tangan mengerakkan tetikus laptop,mata terpaku kepada gambar adik2 dan rakan seagama yang terlibat dalam peperangan...selain merasa sedih dengan apa yang berlaku,aku turut merasa kagum dengan keberanian mereka.Kalau aku di tempat mereka,adakah aku seteguh dan sekental mereka?





penat aku cuba mencari jawapan kepada persoalan diri sendiri..sungguh aku tidak faham dengan telatah manusia..kenapa manusia tidak dapat hidup dengan aman tanpa peperangan....aku amat bersyukur kerana dilahirkan di Malaysia.walaupun pelbagai kaum,masih dapat hidup dengan aman..bagi aku, isu perbalahan kaum dan agama seharusnya tidak wujud.Kita bebas menganut agama yang kita sanjungi dan jnganlah mengutuk agama sahabat lain kerana itulah kepercayaan mereka.

DI Malaysia, kita mampu berkaraoke,tengok wayang dan sebagainya sedangkan adik2 kita disana menangis kerana kehilangan kaum keluarga..bila perkara sebegini berlaku,kita akan berasa insaf tetapi kebnyakannya hnya semntara...termasuklah diri saya sendiri..bila perkara ni berlalu dimakan masa,kita semakin selesa dengan keselesaan yang ada dan mereka disana semakin dilupakan.

Sebelum saya meletakkan pen, saya menyeru kepada pembaca agar selalu mendoakan kebebasan kepada sahabat kita di sana..Doakan agar mereka dapat merasakan keselesaan yang kita kecapi..sesungguhnya kita semua adalah bersaudara..

اَللَّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُودِ

Manifesto dan Corak Menarik Undi

Salam sayang untuk semua dari Hamba Allah yang serba Kekurangan...

Sebelum aku nak start conteng2, aku nak ingatkan para sahabat dan diri sendiri supaya tidak sesekali membelakangkan perintah Allah apatah lagi mempersendakan ARAHANNYA.. di kesibukan di final sem ni betul2 menguji diri aku...di kesibukan inilah kita diuji supaya pandai mengatur masa kita dengan baik supaya kita tidak mengabaikan apa yang patut.....Mana pegangan kita sebagai seorang Islam jika sengaja meninggalkan yang wajib seperti solat....

ok..aku nak mula sentuh dengan apa yang aku nak luahkan tentang kempem pilihanraya di Malaysia,negara yang aku sayang. Apa yang aku x suka semasa kempem adalah cara mereka menarik undi.Sepatutnya, kempem ni hendaklah bersaing secara sihat dengan tidak mengutuk yang lain tapi sebaliknya berlaku. Yang paling parah lagi,bila kempen itu sendiri melibatkan agama. Ada yang aku dengar pakcik2 dan makcik2 yang beragama Islam khususnya,saling mengutuk satu sama lain.... contohnya

  1. pangkah .... bukannya confirm masuk syurga
  2. (Ada kematian)... tu la,dosa bnyak.mengutuk parti ------- lagi. Kalau pangakah parti ----- msti x jadi cmtu
Siapa kita untuk menilai soal masuk syurga,dosa,neraka dan kematian. Kita sebagai manusia yang hina dan bersifat sementara di bumi Allah seharusnya sedar dimana kita berada. Berpolitik biarlah berpatutan, letakkan akal yang waras sebagai pemandu diri kita,...

Di malaysia,politik pemimpin sangat kuat..saya ambil contoh,dalam bidang safety sendiri..ada 1 kes melibatkan warga Indonesia dan 1 kes lagi melibatkan org ternama. Malang sekali untuk 4 org Indonesia yang meninggal tu sebab kes tu x ramai yang tahu dan tindakan diambil sekadar cukup syarat.tapi untuk kes org ternama/ada pangkat,bila berlaku kematian full enforcement dijalankan..jelas skali menunjukkan gap disitu.Kita manusia,datang dari pencipta yang sama, seharusnya menilai sesama kita dengan kadar yang sama.

sebelum saya mengakhiri coretan saya,terlebih dahulu saya memohon maaf kalau ada yang terasa.ni pandangan saya sebagai seorg rakyat Malaysia,.. Saya tidak menyebelahi mana2 parti dalam post ni,sebab penilaain org tu berbeza. Undi Adalah Rahsia.. Jom kita Mengundi..sapa yang x daftar lagi tu,silalah daftar.kuasa ditangan Anda.




Pemimpin

Assalamualaikum..

da lama aku x berceloteh..kali ni aku nak kongsikan pandangan aku sbgai seorang rakyat,seorang warga Malaysia dan juga sebagai salah seorang mahasiswa..pertama sekali,aku bukanlah minat sangat dalam bidang politik,tapi sebagai seorang rakyat yang semakin dewasa,aku perlu tahu srba sedikit tentang negara tercinta.

setiap negara memerlukan pemimpin untuk mencorak dan mengatur arah tuju negara. Jadi,kita hendaklah ambil tahu serba sedikit tentang isu negara dan menilai mengikut pandangan masing2...kenapa kita perlu ambil kisah? seba, negara kita mengamalkan sistem demokrasi dimana kita yang memilih pemimpin yang dirasakan layak....jadi pilihlah pemimpin anda

wahai sahabat handai, para mahasiswa yang mungkin akan bergelar pemimpin suatu hari nnti, ketahuilah bahawa tugas seorang pemimpin bukanlah senang. Ramai yang bersuara tapi x ramai yang bangun berdiri dan tampilkan diri untuk menjadi ketua..kalau sekadar berani bersuara di belakang, baik jngan sembang...kalau lelaki tu,macam takda tuuttt je..cakap nak berapi,bila kena tuju kecut terus.

Apa itu pemimpin? Dalam Ajaran Islam,pemimpin itu adalah orang yang sangat berwibawa dan berupaya membawa manusia kepada tuhan,punya ilmu untuk menunjuk ajar manusia dengan syariat Tuhan,mampu mendidik hati manusia ke arah iman dan taqwa,mampu menjinakkan nafsu manusia sebagaimana dia menundukkan nafsu dirinya sendiri. Sifat-sifat kekhalifahannya sangat menonjol dan sekaligus sifat-sifat kehambaanya juga terserlah.

setakat ni dulu post untuk kali ni,nnti akan conteng lagi...sesiapa yang berpeluang menjadi pemimpin,harap dapat berlaku adil..adil ni penuh makna sebenarnya...Salam