RSS

kemana hilangnya nikki


Assalamualaikum....

Post aku kali ni aku nak kongsikan perasaan hambar dan sedih yang aku rasa...siesly apabila kita kehilangan sesuatu yang rapat dan kita sayang kita akan sangat merasa kehilangannya..sampai nak tidow malam pun aku teringat2...mungkin korang fikir ni bukanlah 1 kehilangan besar tapi bagi aku ia merupakan 1 kehilangan yang amat aku rasai..

Baru2 ni,kucing kesayanganku ‘nikki’ hilang..dengar berita dari rumah telah buatkan aku sebak dan telah buatkan aku muram sepanjang hari...hilang mood nak bercakap hari tu..tapi macam org kata la,life must goes on..hahahaha...walaupun bley bela kucing lain,tapi perangai dan kenakalan kucing lain x kan sama dengan nikki....Aku harap dan berdoa agar nikki jumpa jalan pulang kerumah...Aku sentiasa selitkan dalam doaku lepas tunaikan Solat agar nikki muncul semula...Sesungguhnya Allah maha kuasa dan maha Mengetahui...Dengan KekuasaanNYA semua benda tidak mustahil....
Kalau aku pulang kerumah, nikki lah penaman setia..kalau balik tu, mesti dia berlari datang dekat dengan aku..kalau x pun,dia mesti duduk atas kereta...walaupun kadang2  x sangat main dengan nikki,namun melihat dia ada cukup buat aku lega... Siesly,aku sangat sayangkan nikki..kalau hilang awek pun x rasa pedih sangat,ni da masuk seminggu masih lagi harapkan kepulangan nikki...Ya ALLAH, aku doakan agar berlaku keajaiban dengan izinMU...

Benarlah kata pepatah,kehilangan amat dirasai...rasa sakit kehilangantu susah aku nak gambarkan..ni baru kehilangan yang kecil,belum lagi kehilangan yang besar dalam hidup.aku harap hatiku tabah menghadapi dugaan dan cabaran dalam hidup..sudah lumrah alam,setiap yang bernyawa pasti ada akhirnya...setiap pertemuan mesti ada perpisahan...sob2.....




Hati Yang Kosong..Jiwa Yang x Berbunga


Assalamualaikum dan selamat sejahetra...

Dalam kesibukan harian,belajar,bekerja memasak dan aktiviti2 lain yang dilakukan seharian,pernahkah anda letakkan matlamat untuk sesuatu yang dilakukan?semestinya kita akan letakkan 1 matlamat untuk setiap perkara yang kita lakukan sebagai penanda untuk kita... itu untuk aktiviti seharian yang dilakukan atau minor part of our life, how about major part of our life.? Seharusnya kita harus letakkan 1 matlamat yang kukuh untuk memandu kita sepanjang perjalanan hidup kita yang singkat ni..
Tapi kali ni bukan aku nak cerita lagi pasal tujuan hidup,Cuma aku nak ingatkan diri aku dan korang semua yang pentingnya matlamat dan tujuan hidup tu....di kala aku bersendirian di rumah sewa,perasaan bosan mula terasa...kalau di rumah aku boley main game,tngok bola,keluar lepak dengan kawan2 dan macam2 lagi.....kini aku praktikal,lebih kurang keja la...bler aku masuk dalam alam pekerjaan ni,sekali lagi cara hidup aku berubah...skrang masa untuk aku bersosial semakin kurang....dulu,aku x pernah mis game Liverpool walaupun esoknya ada exam,tapi skang x larat,sbb kena bngun pg dan sehari suntuk di pejabat...bukan aku mengeluh tapi aku cuba sampaikan perubahan yang berlaku dalam hidup aku..sebagaimana aku menerima peredaran zaman,aku juga perlu menerima perubahan yang berlaku dalam hidup aku..tapi aku berharap agar Allah yang maha kuasa aturkan perubahan demi perubahan yang baik dalam hidup aku.
Dalam kesunyian di rumah sewa, membuat aku terfikir tentang diri aku.sejujurnya aku tertanya2 sejauh mana aku mengenali diri aku dan sejauh mana pengetahuan aku tentang Nabi sanjungan sepanjang zaman ...Di situlah aku merasa malu dengan diri sendiri kerana selama hamper 23 tahun aku hidup x bnyak aku tahu tentang baginda. Sementara hati masih tertnya2,kakiku bergerak ke kedai buku untuk mencari buku mengenai riwayat Rasulullah...tapi x da buku yang sesuai... luckily,ada seorang hamba Allah,menghadiahkan buku biografi Baginda kepada aku...Bukan awek aku ye....korang mesti da anggap bukan2..haha..menfitnah tu lebih besar dari membunuh.
Walaupun anda berpangkat besar,berpendapatan lumayan,tapi sejauh manakah pengetahuan kita tentang agama kita..tanda tnya ni aku rasa perlu sentiasa ada dalam diri kita sebab dengan tanda tnya ni la akan membuatkan kita mencari jawapanya....Inilah pentingnya muhasabah diri sebelum tidur agar tanda tnya tu sentiasa wujud dalam hidup kita. Dengan cara ini kita akan dapat mengenali diri kita dan InsyaAllah kita tahu arah tuju kita...
Panjang lak aku berceloteh kali ni...maaf kalau ada tersalah kata tersilap bahasa...aku coretkan ni untuk diri aku sendiri..insan yang lemah dan x tinggi ilmunya...sesungguhnya ilmu itu milik Allah dan ilmu Allah itu luas...