RSS

Bicara Ini Demi ILAHI


Assalamualaikum dan salam Sejahtera..

Sudah lama benar aku tidak meluangkan masa untuk berkongsi pandangan dengan saudara semua..Pada kali ni aku Cuma nak berkongsi sedikit petikan atau Ilmu yang dibaca melalui 1 buku yang bertajuk bicara demi ILAHI.

Dikala kebosanan melanda,terdetik hati ni untuk membelek sebuah buku yang bertajuk Bicara Demi ILAHI. Buku ini ditulis oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Di dalam buku ini, Tuan guru ada berpesan supaya jangan lupa untuk membaca buku-buku yang bermanfaat sekalipun kita berjawatan tinggi kerana sebaik2 peneman kita adalah buku. Dengar tu,..baik berteman dengan buku,kita marah pun bukan dia lawan balik kita..kita pun x mengeluarkan kata2 kasar,jadi elak dapat dosa..hehe
Dalam masa sama,jngan lupa untuk mengerjakan solat sunatt dhuha dan tahajud. Sebenarnya kalau kita terjaga di waktu tengah malam adalah 1 anugerah dari ALLAH. ALLAH telah mengirimkan malaikatNYA untuk mengejutkan kita bangun beribadat. Jadi sebagai tanda berterima kasih, paling malas pun pintalah apa2 doa sebagai tanda berterima kasih.

Sekiranya kita sedar kemudian terus sambung tidur tanpa mengucapkan apa2 seperti bertahmid, kemudian malam kedua dan seterusnya pun sama,bimbang malaikat tidak akan dating mengejutkan kita lagi. Mintak jauh la..so start dari skrang,kalau terjaga tu kena tahu lah apa yang patut kan???


Hehe..setakat nil ah dulu..sambung nnti k…aku ada kerja penting nak buat…pas2 time..Asslamualaikum..

Mati Itu Pasti

   Assalamualaikum..tiba2 aku terfikir sesuatu yang terkehadapan..Ajal dan maut kan di tangan Allah. Kita x tahu bila masa kita akan tiba dan kembali kepada MAHA Pencipta kita...Satu je hasrat hati aku,jika aku ditakdirkan pergi awal, aku berharap sekurang2nya aku sempat membalas secebis jasa ibu bapaku yang x terkira bnyaknya dengan menunaikan hajat mereka untuk ke tanah Suci. Jika selpas itu nyawaku diambil,aku redha dan pasrah. InsyaAllah bulan 10 nanti aku akan hadiahkan segulung ijazah kepada kedua ibu bapaku (Insya Allah)..X sabar nak melihat wajah2 kegembiraan terukir di wajah Ibu dan Ayah... Ya Allah, jauhkanlah aku daripada menjadi anak derhaka yang lupa akan jasa orang tuaku.. Kesibukan dan kekayaan dunia boleh mengubah seorang anak yang soleh menjadi derhaka.. renung2kan dan selamat beramal. Jika fikirkan tentang kematian, ketakutan akan muncul dalam diri. Memang setiap orang akan tiba masanya tapi bagaimana caranya? Yang aku takutkan adalah hitungan amalan yang telah dilakukan...Bnyaknya dosa yang telah aku lakukan..Amalan x seberapa, diberatkan lagi dengan titik2 hitam....sesungguhnya aku belum bersedia....Memang betul kata orang,senang nak ucapkan sesuatu tapi sukar nak laksanakan..Sungguh bertuah bagi merekan yang mendapat hidayah dan cekalkan hati untuk berubah kearah kebaikan...seriously,sungguh susah nak cekalkan dan tekadkan hati.. Ok la...aku da penat dan ngantuk...semoga semua sahabt mendapat kesihatan dengan izinya...



RASULULLAH


Assalamualaikum...

Sibuk pasal PRU biar berpada2 jngan sampai benda yang wajib diabaikan..huhu..kali ni aku nak ceritakan tentang sebuah buku yang aku baca...perkongsian ilmu yang terdapat dalam buku tu..ingat x dalam post yang lepas aku terdetik untuk Menghangtkn kembali pengetahuan atau menambah pengetahuan tentang Nabi Junjungan kita?kali ni aku nak kongsikan serba sedikit apa yang aku baca...tajuk buku tu “BIOGRAFI MUHAMMAD RASULULLAH”...

Aku mulakan dengan Biodata baginda. Tepat pada hari isnin tanggal 12 Rabiul Awal bertetapan 20 april 571 M alam semesta bergembira dengan kelahiran seorang bayi suci yang akan menjadi Nabi akhir zaman. Sedang mengikut ilmu falaq Mesir, Mahmud Basya, kelahiran nabi adalah tanggal 9 Rabiul Awal tahun Gajah,bertepatan 20 april tahun 571 masihi. Bayi suci itu tak lain adalah Nabi kita Muhammad. Muhammad Bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin Abdi Manaf bin Qusaiy bin Kilaab bin Murra bin Kaab bin Luaiy bin Ghlaib bin Fihr bin Malik bin Nadher bin Kinanah bin Khuzaimah bin Muudrika bin Ilyas bin Mudhor bin Nizar bin Maad bin Adnan. Nasab Adnan berakhir dengan nasab Ismail  bin Ibrahim AS.
Ketika Bayi suci itu lahir,ibunya segera mengirimkan pada datuknya Abdul Mutalib. Dengan wajah yang berseri-seri bayi suci itu diterima dan segera ditimang-timangnya dalam Khaabah. Baginda berdoa dalam Kaabahh sambil bersyukur pada Allah atas kurnia-NYA yang maha besar itu. Kemudian Baginda member nama bayi suci tersebut dengan nama Muhammad walaupun nama Muhammad merupakan sesuatu yang asing sekali bagi bangsa Arab. Namun Baginda mengharapkan agar bayi itu kelak akan terpuji baik dilangit mahupun di dunia. (Muhammad Ertinya Terpuji).

Ok,setakat ni dulu buat masa ni..nnti aku akan sambung lain  kali disebabkan mata yang penat dan perlu direhatkan.selamat malam sahabat..salam

Detik fikiran Orang Muda


Salam…..
Setelah beberapa bulan berpraktikal,aku mula faham dengan kehidupan dunia luar..tapi kali ni aku nak ceritakan tentang apa yang aku Nampak melalui pengamatan sewaktu di tempat praktikal..macam biasa, safety briefing adalah salah 1 tugas trainee safety officer yang baru mengenal dunia nyata..atau lebih senang nak faham bg budak2 yang mula belajar merangkak…setelah beberapa safety briefing yang dibuat,aku jumpa dngn pelbagai jenis latar blekang msnusia,…tapi apa yang aku kesalkan, ramai anak melayu yang masih muda (lepasan SPM) dan keatas malas meneruskan pembelajaran dan melibatkan diri dengan bekerja di kilang2..

Bekerja di kilang2 tiada salahnya,tapi sayangnya kalau untuk jangka masa yang panjang tidak menguntungkan bg yang tidak mempunyai sebarang sijil,,,,… ya, memg aku pernah jumpa mereka yang tidak mempunyai diploma atau degree yang Berjaya di dalam bidang ni,tapi satu dalam seribu….Tuntutlah ilmu wahai sahabat….

Sepanjang aku disana, 1 pun aku tidak jumpa bangsa cina atau india yang masuk untuk kerja kilang biasa…bangsa lain masuk ke situ sebagai contractor atau peniaga…kepada sahabat2 di university dan termasuk aku sendiri, letaklah cita2 yang tinggi untuk masa hadapan.. dari dulu aku letakkan cita2 untuk jadi seorang peniaga Berjaya agar aku mampu mengubah corak hidup keluarga aku dan bantu rakan2 seagama… Jnganlah simpan perasaan iri hati yang jahat terhadap rakan2 segama khususnya..amalan iri hati sesame kita tidak menguntungkan.

Jikalau kita diberi peluang,jnganlah kita lupa kepada PEMBERI PELUANG..jnganlah kita angkuh dan sombong denganNYA..ALLah bley membuatkan kita kaya dan DIA juga boleh melakukan sebaliknya..tiada yang mustahil bagiNYA…..sekuat manapun kita,sebesar manapun kita,sekaya manapun kita, kuasa dan penguasaan kita tetap terbatas..kita tetap akan kembali kepadanya.

kemana hilangnya nikki


Assalamualaikum....

Post aku kali ni aku nak kongsikan perasaan hambar dan sedih yang aku rasa...siesly apabila kita kehilangan sesuatu yang rapat dan kita sayang kita akan sangat merasa kehilangannya..sampai nak tidow malam pun aku teringat2...mungkin korang fikir ni bukanlah 1 kehilangan besar tapi bagi aku ia merupakan 1 kehilangan yang amat aku rasai..

Baru2 ni,kucing kesayanganku ‘nikki’ hilang..dengar berita dari rumah telah buatkan aku sebak dan telah buatkan aku muram sepanjang hari...hilang mood nak bercakap hari tu..tapi macam org kata la,life must goes on..hahahaha...walaupun bley bela kucing lain,tapi perangai dan kenakalan kucing lain x kan sama dengan nikki....Aku harap dan berdoa agar nikki jumpa jalan pulang kerumah...Aku sentiasa selitkan dalam doaku lepas tunaikan Solat agar nikki muncul semula...Sesungguhnya Allah maha kuasa dan maha Mengetahui...Dengan KekuasaanNYA semua benda tidak mustahil....
Kalau aku pulang kerumah, nikki lah penaman setia..kalau balik tu, mesti dia berlari datang dekat dengan aku..kalau x pun,dia mesti duduk atas kereta...walaupun kadang2  x sangat main dengan nikki,namun melihat dia ada cukup buat aku lega... Siesly,aku sangat sayangkan nikki..kalau hilang awek pun x rasa pedih sangat,ni da masuk seminggu masih lagi harapkan kepulangan nikki...Ya ALLAH, aku doakan agar berlaku keajaiban dengan izinMU...

Benarlah kata pepatah,kehilangan amat dirasai...rasa sakit kehilangantu susah aku nak gambarkan..ni baru kehilangan yang kecil,belum lagi kehilangan yang besar dalam hidup.aku harap hatiku tabah menghadapi dugaan dan cabaran dalam hidup..sudah lumrah alam,setiap yang bernyawa pasti ada akhirnya...setiap pertemuan mesti ada perpisahan...sob2.....




Hati Yang Kosong..Jiwa Yang x Berbunga


Assalamualaikum dan selamat sejahetra...

Dalam kesibukan harian,belajar,bekerja memasak dan aktiviti2 lain yang dilakukan seharian,pernahkah anda letakkan matlamat untuk sesuatu yang dilakukan?semestinya kita akan letakkan 1 matlamat untuk setiap perkara yang kita lakukan sebagai penanda untuk kita... itu untuk aktiviti seharian yang dilakukan atau minor part of our life, how about major part of our life.? Seharusnya kita harus letakkan 1 matlamat yang kukuh untuk memandu kita sepanjang perjalanan hidup kita yang singkat ni..
Tapi kali ni bukan aku nak cerita lagi pasal tujuan hidup,Cuma aku nak ingatkan diri aku dan korang semua yang pentingnya matlamat dan tujuan hidup tu....di kala aku bersendirian di rumah sewa,perasaan bosan mula terasa...kalau di rumah aku boley main game,tngok bola,keluar lepak dengan kawan2 dan macam2 lagi.....kini aku praktikal,lebih kurang keja la...bler aku masuk dalam alam pekerjaan ni,sekali lagi cara hidup aku berubah...skrang masa untuk aku bersosial semakin kurang....dulu,aku x pernah mis game Liverpool walaupun esoknya ada exam,tapi skang x larat,sbb kena bngun pg dan sehari suntuk di pejabat...bukan aku mengeluh tapi aku cuba sampaikan perubahan yang berlaku dalam hidup aku..sebagaimana aku menerima peredaran zaman,aku juga perlu menerima perubahan yang berlaku dalam hidup aku..tapi aku berharap agar Allah yang maha kuasa aturkan perubahan demi perubahan yang baik dalam hidup aku.
Dalam kesunyian di rumah sewa, membuat aku terfikir tentang diri aku.sejujurnya aku tertanya2 sejauh mana aku mengenali diri aku dan sejauh mana pengetahuan aku tentang Nabi sanjungan sepanjang zaman ...Di situlah aku merasa malu dengan diri sendiri kerana selama hamper 23 tahun aku hidup x bnyak aku tahu tentang baginda. Sementara hati masih tertnya2,kakiku bergerak ke kedai buku untuk mencari buku mengenai riwayat Rasulullah...tapi x da buku yang sesuai... luckily,ada seorang hamba Allah,menghadiahkan buku biografi Baginda kepada aku...Bukan awek aku ye....korang mesti da anggap bukan2..haha..menfitnah tu lebih besar dari membunuh.
Walaupun anda berpangkat besar,berpendapatan lumayan,tapi sejauh manakah pengetahuan kita tentang agama kita..tanda tnya ni aku rasa perlu sentiasa ada dalam diri kita sebab dengan tanda tnya ni la akan membuatkan kita mencari jawapanya....Inilah pentingnya muhasabah diri sebelum tidur agar tanda tnya tu sentiasa wujud dalam hidup kita. Dengan cara ini kita akan dapat mengenali diri kita dan InsyaAllah kita tahu arah tuju kita...
Panjang lak aku berceloteh kali ni...maaf kalau ada tersalah kata tersilap bahasa...aku coretkan ni untuk diri aku sendiri..insan yang lemah dan x tinggi ilmunya...sesungguhnya ilmu itu milik Allah dan ilmu Allah itu luas...

banyak duit......tapi sayang sia2

Assalamualaikum sahabta,,,...
hari ni aku terbaca satu berita tentang kedatangan PSY ke Malaysia sempena sambutan tahun baru cina..sejujurnya,aku kurang bersetuju dengan tindakan mana2 pihak yang membawa penyanyi itu datang ke Malaysia walaupun bukan untuk orang melayu...bukan aku menyokong mana2 pihak tetapi aku kurang bersetuju dengan tindakan tu...kenapa aku x bersetuju...?

pertama sekali,aku tidak bersetuju dengan tindakan membawa penyanyi itu datang sudah tentu melibatkan duit...memg la x pakai duit aku,tapi bayaran lebih kurang 2 juta kepada penyanyi tu adalah tidak munasabah..kenapa tidak munasabah?duit sebnyak tu sepatutnya diagihkan kepada rakyat miskin yang nak mendapatkan sesuap nasi pun susah....ke da x da org miskin kat malaysia ni?x yah nak tipu,sekeliling aku pun aku lihat ramai yang boleh dibantu.....tp kalau cakap bnyak pun x guna,sebb duit tu duit diaorang...cuma aku harap duit yang digunakan untuk bayar penyanyi tu bukan guna duit rakyat dah la...

dan 1 lg berita yang aku dengar dalam tv3 rini...aku dengar rumah di pulau pinang paling murah pun RM400,000...bnyak la makcik2 komplen mahal dan dikatakan tindakan tu adalah untuk meminggirkan atau memaksa orang melayu keluar beli rumah luar dari kawasan tu (dipetik dari TV3)...aku ni bukan nak api2kan ke apa,tapi perkara macam ni pemimpin harus beri perhatian sikit.....benda2 macam ni bley buatkan gap atara kaum di malaysia....

adoi...bukan senang nak jadi pemimpin ni...aku harap pemimpim2 kita ni berada atas landasan yang betul...agar suara2 rakyat seperti aku dan rakan2 lain didengari dan diberi perhatian...jngan jadikan mereka tamak dan memanupulasi pangkat dan kepercayaan untuk diri mereka sendiri,,,,,,

Yang kaya terus kaya,yang miskin terus miskin..kalau kamu(pemimpim) tidak dengar rintihan dan suara2 rakyat yang kurang bernasib baik,kepada sapa kami ingin mengadu?

Kita semua milik ALLAH...salam