RSS

Detik fikiran Orang Muda


Salam…..
Setelah beberapa bulan berpraktikal,aku mula faham dengan kehidupan dunia luar..tapi kali ni aku nak ceritakan tentang apa yang aku Nampak melalui pengamatan sewaktu di tempat praktikal..macam biasa, safety briefing adalah salah 1 tugas trainee safety officer yang baru mengenal dunia nyata..atau lebih senang nak faham bg budak2 yang mula belajar merangkak…setelah beberapa safety briefing yang dibuat,aku jumpa dngn pelbagai jenis latar blekang msnusia,…tapi apa yang aku kesalkan, ramai anak melayu yang masih muda (lepasan SPM) dan keatas malas meneruskan pembelajaran dan melibatkan diri dengan bekerja di kilang2..

Bekerja di kilang2 tiada salahnya,tapi sayangnya kalau untuk jangka masa yang panjang tidak menguntungkan bg yang tidak mempunyai sebarang sijil,,,,… ya, memg aku pernah jumpa mereka yang tidak mempunyai diploma atau degree yang Berjaya di dalam bidang ni,tapi satu dalam seribu….Tuntutlah ilmu wahai sahabat….

Sepanjang aku disana, 1 pun aku tidak jumpa bangsa cina atau india yang masuk untuk kerja kilang biasa…bangsa lain masuk ke situ sebagai contractor atau peniaga…kepada sahabat2 di university dan termasuk aku sendiri, letaklah cita2 yang tinggi untuk masa hadapan.. dari dulu aku letakkan cita2 untuk jadi seorang peniaga Berjaya agar aku mampu mengubah corak hidup keluarga aku dan bantu rakan2 seagama… Jnganlah simpan perasaan iri hati yang jahat terhadap rakan2 segama khususnya..amalan iri hati sesame kita tidak menguntungkan.

Jikalau kita diberi peluang,jnganlah kita lupa kepada PEMBERI PELUANG..jnganlah kita angkuh dan sombong denganNYA..ALLah bley membuatkan kita kaya dan DIA juga boleh melakukan sebaliknya..tiada yang mustahil bagiNYA…..sekuat manapun kita,sebesar manapun kita,sekaya manapun kita, kuasa dan penguasaan kita tetap terbatas..kita tetap akan kembali kepadanya.

0 comments: