RSS

STRESSSSSSSS


Bila berada di semester akhir ni,kerja yang perlu disiapkan bertimbung2. semestinya sesiapa pun akan berasa stress dan tertekan dengan kerja yang perlu disiapkan . apa pun, perlu kita ingat bahawa ini cuma ujian kecil buat kita, gagal hari ini bukan bermakna gagal selamanya… kita boleh usaha lagi, namun bukanlah saya katakan kita boleh gagal dan tidak perlu mencuba. apa pun, ujian sebenar yang menanti kita adalah ujian yang mana kita perlu serahkan hasil risalah di hadapan Allah pada Yaumul Hisab kelak.

kunci kepada kejayaan adalah tawakkal. Berserah diri sepenuhnya kepada Allah, bahawa cuma Dia sahaja yang berkuasa, sekiranya pada-Nya kita tidak layak untuk menerima kejayaan, biar segunung buku diselak sekalipun, tidak jua membuahkan hasil. Mungkin itu sudah ketentuannya. Berserahlah diri kepada Allah, bahawasanya, diri kita ini cuma Allah yang layak untuk menentukan apa sekalipun, kemudian sebagai syarat kepada tawakkal itu, kita menjaga hubungan dengan Allah seaqrab mungkin. Jngan bila kita rasa tertekan sahaja kita bermunajab kepada Allah. Selain dari bertawakal,usaha yang setimpal juga diperlukan.

Sekarang ni,aku tengah fokus untuk siapkan presentation Mock Trial,PSM (projek sarjana Muda) dan juga setelkan perkara berkaitan dengan Latihan Industri..Di tengah2 kesibukan ni,phon aku pulak rosak..semua ni takdir dan ketentuannya...aku x bley marah2,kalau aku marah bereti aku marah pada yang mengatur semua ni...Sabar je la

ni adalah poster Mock Trial :







0 comments: