RSS

Masalah itu Menguji Kesabaran

assalamualaikum sahabat..
setiap orang pasti akan mempunyai masalah mereka sendiri...cuma,masa dan masalah yang berlainan..aku rasa,x mungkin seorang pun umat yang terlepas dari masalah sepanjang hidupnya.hari ni aku nak cerita tentang masalah yang aku hadapi..masalah yang aku hadapi bukanlah kritikal,tapi bila melibatkan duit, nampak terkesan sedikit..haha...

Minggu lepas phon aku rosak,minggu ni tayar pancit lepas jatuh lubang..aku harap2 tayar bocor biasa je,kalau rim yang bengkok,bnyak la habis..ni la orang kata,masalah akan datang bila2 masa je..mati pun  sama,kita x tau bila ia akan berlaku,dimana dan bagaimana...haha..

yang aku nak tekankan dekat sini,dalam kita menangani masalah,kita kena cuba kawal diri kita untuk berfikir secara rasional dan pastikan kita berdiri di landasan yang betul..pastikan langkah penyelesaian maslah yang diambil tidak tersasar dari jalan Islam. ni peringatan untuk diri aku dan juga rakan2 semua...tiap kali kita ada masalah,kita akan stress,dan stress ni yang akan membuatkan kita mengambil tindakan di luar kawalan.so,cara menangani stress ni amat penting...aku,kalau aku sangat stress aku akan tepon mak aku..dengar je suara mak,tenang rasa.nak ngis pun ada..muaahahahahahaha....

Ok, apa yang aku cuba sampaikan kat sini adalah "takdir'. Semua yang berlaku adalah ketentuan dan takdir kita.Kita x bley nak salahkan takdir sebaliknya kita kena redha dengan ketentuan-Nya. Kalau kita salahkan takdir,samalah macam kita salahkan pengatur untuk takdir kita...Mintak2 jauh la...Jadi untuk lebih paham apa yang aku cuba sampaikan,korang baca lah kisah dibawah..

Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhi r.h telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.Maka bertanyalah Syaqiq kepada ist
erinya: "Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?."

Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut. Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: "Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya."


faham x? kalau x faham aku nak lukis...haha..x kan lah x faham,kalau x faham aku asa korang patut masuk tadika balik,belajar abc biar habis 10 kali..haha..k la sahabat,aku nak sambung buat FYP tercinta aku...selamat malam dan selamat maju jaya..sapa x solat isyak lagi,cepat2 pegi solat...doa untuk aku sekali supaya dipermurahkan rezeki,diberi petunjuk dan dipertemukan jodoh yang solehhah..haha..salam




1 comments:

mika_mika said...
This comment has been removed by the author.