Assalamualaikum...
Sibuk pasal PRU biar berpada2 jngan sampai benda yang wajib
diabaikan..huhu..kali ni aku nak ceritakan tentang sebuah buku yang aku
baca...perkongsian ilmu yang terdapat dalam buku tu..ingat x dalam post yang
lepas aku terdetik untuk Menghangtkn kembali pengetahuan atau menambah
pengetahuan tentang Nabi Junjungan kita?kali ni aku nak kongsikan serba sedikit
apa yang aku baca...tajuk buku tu “BIOGRAFI MUHAMMAD RASULULLAH”...
Aku mulakan dengan Biodata baginda. Tepat pada hari isnin
tanggal 12 Rabiul Awal bertetapan 20 april 571 M alam semesta bergembira dengan
kelahiran seorang bayi suci yang akan menjadi Nabi akhir zaman. Sedang mengikut
ilmu falaq Mesir, Mahmud Basya, kelahiran nabi adalah tanggal 9 Rabiul Awal
tahun Gajah,bertepatan 20 april tahun 571 masihi. Bayi suci itu tak lain adalah
Nabi kita Muhammad. Muhammad Bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin Abdi
Manaf bin Qusaiy bin Kilaab bin Murra bin Kaab bin Luaiy bin Ghlaib bin Fihr
bin Malik bin Nadher bin Kinanah bin Khuzaimah bin Muudrika bin Ilyas bin
Mudhor bin Nizar bin Maad bin Adnan. Nasab Adnan berakhir dengan nasab Ismail bin Ibrahim AS.
Ketika Bayi suci itu lahir,ibunya segera mengirimkan pada
datuknya Abdul Mutalib. Dengan wajah yang berseri-seri bayi suci itu diterima
dan segera ditimang-timangnya dalam Khaabah. Baginda berdoa dalam Kaabahh
sambil bersyukur pada Allah atas kurnia-NYA yang maha besar itu. Kemudian
Baginda member nama bayi suci tersebut dengan nama Muhammad walaupun nama
Muhammad merupakan sesuatu yang asing sekali bagi bangsa Arab. Namun Baginda
mengharapkan agar bayi itu kelak akan terpuji baik dilangit mahupun di dunia.
(Muhammad Ertinya Terpuji).
Ok,setakat ni dulu buat masa ni..nnti aku akan sambung
lain kali disebabkan mata yang penat dan
perlu direhatkan.selamat malam sahabat..salam